Home Ekonomi China naikkan duti tarif untuk lindungi kepentingan

China naikkan duti tarif untuk lindungi kepentingan

Produk makanan dari Amerika Syarikat yang dijual di China. foto Agensi

BEIJING – China mengenakan tarif ke atas 128 produk-produk Amerika Syarikat untuk memberi keseimbangan kerugian yang disebabkan oleh duti yang dikenakan negara itu.

Selain itu, langkah berkenaan untuk melindungi kepentingan China, menurut akhbar rasminya, People’s Daily.

Beijing mengenakan tambahan tarif sehingga 25 peratus atau kira-kira AS$3 bilion bagi produk-produk Amerika Syarikat susulan tindakan pentadbiran Donald Trump yang mengenakan duti import ke atas aluminium dan keluli.

Bagaimanapun, pengeluar-pengeluar Amerika Syarikat, Kanada dan Korea Selatan telah diberi pengecualian daripada duti itu, namun bukan China.

Industri Amerika Syarikat telah menyatakan kebimbangan bahawa China boleh bertindak balas dengan meningkatkan tarif ke atas produk pesawat, kacang soya dan auto.

“China tidak suka perang perdagangan, tetapi berada di sisi keadilan, China tidak mempunyai pilihan tetapi untuk berperang untuk menamatkan perang,” kata Wang Hailou, seorang penyelidik di Pusat Penyelidikan Kementerian Perdagangan China.

Beijing berulang kali mengatakan negara itu tidak takut perang perdagangan dengan Amerika Syarikat, tetapi pada masa sama menggesa Washington untuk ke meja rundingan. – MalaysiaGazette