Menurut Lim Guan Eng, senarai calon DAP adalah muktamad sama seperti diumumkan parti itu minggu lalu sekali gus menafikan beliau akan bertukar ke kerusi Tanjung Bungah untuk berdepan Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri, Teng Chang Yeow.
Menurut Lim Guang Eng, senarai calon DAP adalah muktamad sama seperti diumumkan parti itu minggu lalu sekali gus menafikan beliau akan bertukar ke kerusi Tanjung Bungah untuk berdepan Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri, Teng Chang Yeow.

KUALA LUMPUR – Bekas sekutu Pas, DAP nyata terkejut kerana parti pimpinan Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu jelas menyokong perbentangan Rang Undang-undang Anti Berita Tidak Benar yang diluluskan semalam.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, pihaknya menjangkakan Pas akan bersama-sama Pakatan Harapan (PH) dalam menolak pelaksanaan RUU berkenaan.

“Saya terkejut bahawa Pas boleh setuju dan sokong RUU Anti Berita Tidak Benar.

“Kita jangka Pas akan menolak dan tidak sangka parti itu akan sokong, itu yang DAP terkejut,” katanya dalam sidang media di Dewan Rakyat hari ini.

Semalam, seramai 11 Ahli Parlimen Pas menyokong perbentangan RUU Anti Berita Tidak Benar 2018 yang dibentangkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said.

Justeru, Guan Eng berkata, langkah Pas yang menyokong RUU berkenaan menimbulkan keraguan terhadap prinsip parti itu yang masih kekal sebagai pembangkang kepada kerajaan Barisan Nasional (BN).

“Adakah Pas merupakan salah satu parti pembangkang ataupun parti pemerintah. Dia beri gambaran bahawa Pas adalah sebahagian daripada BN.

“Saya rasa Pas cakap macam BN, saya rasa terkejut sebab bila belum jadi pemerintah Pas sudah cakap macam parti pemerintah,” katanya.

Seramai 123 Ahli Parlimen menyokong RUU berkenaan dan 64 tidak menyokong.

Akta Anti Berita Tidak Benar memperuntukkan beberapa kesalahan yang berkaitan dengan penyebaran berita tidak benar dan langkah bagi mengekang berita tidak benar. -MalaysiaGazette