Home Dunia Gadis mengaku salah upah orang lain untuk ambil periksa

Gadis mengaku salah upah orang lain untuk ambil periksa

BOSTON – Seorang gadis mengaku bersalah kerana menggunakan orang lain untuk menyamar dirinya bagi mengambil peperiksaan kemasukan Universiti Pennsylvania.

Huang Leyi, 21, yang memasuki universiti itu menggunakan visa pelajar, mengaku bersalah di Mahkamah Persekutuan Boston.

Pendakwa raya berkata, Huang pada Mac 2016 telah membayar seseorang untuk mengambil peperiksaan TOEFL bagi pihaknya selepas dia gagal untuk mendapat skor minimum bagi kemasukan di universiti berkenaan.

TOEFL adalah peperiksaan bahasa Inggeris yang diwajibkan kepada penuntut asing.

Menurut kertas mahkamah, Huang mengaku dia telah membayar AS$3,000 kepada individu lain untuk mengambil peperiksaan TOEFL untuknya.

Huang mengikuti arahan daripada broker dan menghantar pasport ke alamat di Massachusetts.

Pasport itu digunakan oleh Wang Yue, seorang pelajar China di Hult International Business School di Cambridge yang mengambil TOEFL bagi pihak Huang.

Huang menghadapi hukuman penjara sehingga lima tahun dari tarikh dia ditangkap selepas beliau setuju untuk dihantar pulang. – MalaysiaGazette