KUALA LUMPUR – Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) akan menutup sebahagian jalan bagi melancarkan program Shah Alam Hari Tanpa Kenderaan 2018 Ahad ini.

Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awamnya, Shahrin Ahmad berkata, jalan terlibat adalah Persiaran Bandaraya (Dataran Kemerdekaan), Persiaran Perbandaran, Persiaran Tasik, Persiaran Masjid, Persiaran Dato’ Menteri dan Persiaran Damai mulai jam 6.30 hingga 9.30 pagi.

Shahrin Ahmad

“Program yang bermula di Dataran Kemerdekaan itu bertujuan menggalakkan gaya hidup sihat dalam kalangan warga Shah Alam dan akan diadakan pada minggu kedua setiap bulan.

“MBSA menyeru orang ramai supaya tidak menggunakan jalan dinyatakan pada tempoh berkenaan untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas dan sentiasa mematuhi arahan dari masa ke masa,” katanya menerusi kenyataan.

Beliau berkata, orang ramai juga diminta memberikan kerjasama dan menggunakan jalan alternatif menuju ke destinasi ditujui. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast