Home Dunia Austria larang kanak-kanak bertudung

Austria larang kanak-kanak bertudung

Kanak-kanak Austria di bawah usia 10 tahun dilarang memakai tudung di sekolah. foto BBC

VIENNA – Kerajaan gabungan baru Austria mencadangkan larangan pemakaian tudung bagi kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun ke bawah di sekolah.

“Undang-undang perlindungan kanak-kanak” akan disediakan pada musim panas mengikut menteri pendidikan dan akan menjadi “simbolik tindakan” dalam melindungi budaya Austria daripada beberapa pengaruh Islam.

Kumpulan Islam utama Austria menyifatkan undang-undang itu tidak produktif kerana hanya sebilangan kecil kanak-kanak di tadika dan sekolah rendah yang memakai tudung.

Canselor dari Parti Rakyat, Sebastian Kurz berkata: “Matlamat kami untuk memastikan perkembangan masyarakat selari di Austria.”

Parti konservatifnya memenangi pilihan raya tahun lalu menjadi tumpuan berhubung isu imigresen – topik hangat selepas Austria mencapai hampir sama dengan 2 peratus daripada 8.7 juta populasinya dalam pencari suaka semasa krisis pendatang Eropah.

Naib Canselor Heinz Christian Strache, rakan sekutu sayap kanan Parti Kebebasan pula berkata, kerajaan mahu melindungi gadis kecil daripada politik Islam.

Kurz, dalam sidang akhbar bersama Strache percaya terdapat masalah di sekolah, walaupun hujah mereka tidak sokong oleh apa-apa bukti.

Malah, mereka mendakwa fenomena bertudung di sekolah semakin meningkat.

Pemerintahan Sosial Demokrat dan konservatif sebelum ini meluluskan undang-undang yang melarang penutup muka termasuk berudung penuh Muslim di ruang awam, tetapi wanita dan gadis bebas untuk memakai tudung biasa.

Komuniti Islam rasmi Austria telah mendesak dialog sambil menyifatkan parti pemerintah tidak boleh bertindak populis berhubung isu tudung ke atas kanak-kanak.

Tahun lepas, presiden Austria, Alexander Van der Bellen menyeru semua wanita memakai tudung sebagai tanda solidariti dalam menentang Islamofobia yang berleluasa di negara ini. – MalaysiaGazette