Home Utama Isu saat akhir kempen penentu kemenangan parti

Isu saat akhir kempen penentu kemenangan parti

Prof. Syed Arabi Idid menyampaikan ucapan pada Forum Media dan Komunikasi menjelang PRU ke 14 di Hotel Novotel, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 05 APRIL 2018

KUALA LUMPUR – Penentu kemenangan dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU) akan bergantung kepada isu-isu yang dimainkan pada saat-saat akhir oleh kerajaan dan pembangkang.

Profesor Jabatan Komunikasi, Universiti Islam Antarabangsa, Datuk Seri Dr Syed Arabi Idid berkata, ketika itu, pengaruh media sosial dan tradisional dijangka tidak memberi kesan besar kepada pengundi lagi.

“Penentu kemenangan PRU14 bukan lagi bergantung kepada media trasional atau media sosial.

“Sebaliknya isu-isu yang dimainkan di saat-saat iaitu tiga atau empat hari sebelum hari mengundi.

“Isu itulah yang akan menjadi faktor kemenangan kepada kerajaan sedia ada atau pembangkang,” katanya pada Forum Media dan Komunikasi Menjelang PRU14 anjuran MPI di Hotel Novotel di sini hari ini.

Beliau yang menjadi ahli panel forum bagi topik Pembentangan Kajian Berkaitan PRU ditanya media mana yang akan menjadi penentu kemenangan dalam PRU14.

Sementara itu, Syed Arabi berkata, kajian yang dilakukan sejak 2018 menunjukkan pengaruh media tradisional seperti suratkhabar, radio dan televisyen telah menunjukkan penurunan.

Sebaliknya jelas beliau, media baharu seperti portal berita dan blog mengambil alih peranan sebagai media arus perdana di kalangan masyarakat.

“Namun walaupun pengaruh media baharu meningkat, kepercayaan pembaca masih lagi kurang.

“Pada masa sama, media tradisional masih kekal sebagai media yang dipercayai oleh pembaca walapun pengaruh mereka menurun,” ujarnya. – MalaysiaGazette

1 Komen

Comments are closed.