Home Ekonomi Harga minyak dunia susut

Harga minyak dunia susut

SEOUL – Harga minyak susut dalam dagangan hari ini seiring dengan kejatuhan pasaran saham Amerika Syarikat berikutan ancaman Washington untuk mengenakan tambahan tarif ke atas China.

Tindak balas tarif itu dikhuatiri akan mewujudkan perang perdagangan antara dua kuasa ekonomi dunia.

Minyak mentah Brent bagi penghantaran Jun susut AS$0.38 kepada AS$67.95 setong manakala West Texas Intermediate untuk bulan Mei jatuh AS$0.43 kepada AS$63.11 setong.

Niaga hadapan minyak mentah Shanghai ISCc1 yang susut 0.8 peratus pada Rabu lalu tidak diniagakan kerana cuti umum di China.

Walaupun pemerhati pasaran minyak berhati-hati terhadap perang perdagangan antara Amerika Syarikat dan China, mereka tidak menjangkakan penurunan curam di tengah tanda-tanda kawalan ketat bekalan.- MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Harga minyak di Malaysia samada akan kekal atau naik sebab kata nanti Petronas tak untung banyak.

Comments are closed.