Lewis Hamilton akan memulakan perlumbaan Terbuka Bahrain esok di penalti lima kotak grid

BAHRAIN – Pelumba Mercedes, Lewis Hamilton akan memulakan Grand Prix Bahrain esok dengan penalti lima grid disebabkan penukaran kotak gear.

Ia merupakan satu lagi tamparan kepada pesaing Formula Satu (F1) selepas dikecewakan di Australia dua minggu lalu.

Peraturan Badan Pentadbiran Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA) mensyaratkan setiap pelumba Formula Satu (F1) tidak boleh menukar kotak gear dalam masa berbaki enam hari perlumbaan.

Namun juara dunia empat kali dari Britain itu memerlukan kotak gear baharu untuk saingan di Bahrain selepas dilanda masalah pada aksi pembukaan, dakwa pasukannya.

“Kami ada kebocoran dalam sistem hidraulik di Melbourne Australia dan bernasib baik sempat menamatkan perlumbaan itu tanpa masalah.

“Malangnya kami juga tak dapat membaiki segera,” kata Mercedes.

Hamilton menamatkan perlumbaan Terbuka Australia di tempat kedua belakang Sebastian Vettel.

Grand Prix Bahrain yang merupakan perlumbaan kedua dalam kalender F1 akan berlangsung pada Ahad dengan latihan terakhir pada petang ini.- MalaysiaGazette