Home Nasional Jemaah menteri bertindak sebagai Kerajaan Caretaker

Jemaah menteri bertindak sebagai Kerajaan Caretaker

Status berhubung kenaikan satu gaji tahunan (KGT) untuk penjawat awam Julai ini akan ditentukan oleh kerajaan baharu, kata Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Mohd Ali Hamsa.
Status berhubung kenaikan satu gaji tahunan (KGT) untuk penjawat awam Julai ini akan ditentukan oleh kerajaan baharu, kata Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Mohd Ali Hamsa.

KUALA LUMPUR – Jemaah Menteri sedia ada merupakan Kerajaan Caretaker (kerajaan sementara) bermula masa pembubaran Parlimen sehingga pelantikan baru Kabinet dibuat selepas pilihan umum atau Parlimen bersidang semula.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ali Hamsa berkata, Yang di-Pertuan Agong hendaklah bertindak atas nasihat Jemaah Menteri atau menteri yang diberikan kuasa am oleh Jemaah Menteri.

Konsep Kerajaan Caretaker ini adalah suatu Konvensyen Perlembagaan yang turut diamalkan di Negara Komanwel seperti United Kingdom dan Australia yang juga mengamalkan sistem Demokrasi Berparlimen.

Katanya, Kerajaan Caretaker boleh membuat tindakan-tindakan bagi maksud menjalankan urusan pentadbiran kerajaan sehingga suatu kerajaan baru dibentuk.

Antara contoh perkara pentadbiran tersebut adalah meneruskan pelaksanaan dasar sedia ada dan mengadakan majlis rasmi kerajaan. – MalaysiaGazette