Mohd Hashim Abdullah
Mohd Hashim Abdullah

PUTRAJAYA – Keputusan Pakatan Harapan (PH) untuk menggunakan logo PKR bagi Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU-14) harus dimaklumkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Menurut pengerusinya, Tan Sri Mohd Hashim Abdullah, pihaknya menunggu kenyataan rasmi daripada gabungan itu atas keputusan untuk bertanding menggunakan logo PKR.

“Bergantung pada keputusan yang mereka buat. Sekarang ini kita tidak boleh ramal lagi sebab tidak ada kenyataan rasmi.

“Kenyataan rasmi daripada mereka, kalau tanding atas nama PKR, maka bendera PKR sahaja,” katanya dalam sidang media selepas meninjau proses raptai dan simulasi badan itu di Menara SPR sempena PRU-14 kelak.

Ditanya sebarang tindakan yang boleh diambil sekiranya terdapat bendara parti lain yang dinaikkan pada PRU-14 kelak, Mohd Hashim berkata, perkara itu harus dilihat selepas hari penamaan calon berakhir.

Jelas beliau, sebarang tindakan hanya boleh diambil selepas proses itu dimana tempoh berkempen dimulakan sehingga tarikh pembuangan undi.

“SPR akan ambil tindakan bila selepas hari penamaan calon. Bila tahu siapa yg nak bertanding, parti politik mana nak bertanding, baru kita ambil tindakan keatas parti politil yang tak bertanding di kawasan itu.

“Sebagai contoh tiga parti bertanding, parti A,B,C, maka parti ini sahaja yang dibenarkan memasang bendera dan banting di kawasan tersebut. Kalau tak bertanding kita tak benarkan tidak kira kerajaan atau pembangkang,” jelas Mohd Hashim lagi.

Semalam Pakatan Harapan (PH) sebula suara memutuskan untuk menggunakan logo PKR pada PRU-14.

Langkah itu kerana pendaftaran gabungan itu masih belum diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan. -MalaysiaGazette