Home Dunia Lelaki kurung anak dalam sangkar selama 20 tahun

Lelaki kurung anak dalam sangkar selama 20 tahun

Bersebelahan kediaman ini, Yoshitane Yamasaki mengurung anak lelakinya di dalam sangkar selama lebih 20 tahun. foto Agensi

TOKYO – Polis Jepun telah menahan seorang lelaki berusia 73 tahun yang disyaki menyimpan anaknya dalam sangkar kayu selama lebih dari 20 tahun.

Yoshitane Yamasaki berkata, dia mengurung anaknya yang kini berumur 42 tahun kerana mengalami masalah mental dan kadang-kadang ganas, menurut pegawai yang dipetik oleh NHK.

Sangkar satu meter tinggi dan kurang dari dua meter lebar itu berada di sebuah pondok di sebelah rumah Yamasaki di bandar Sanda.

Akibat dikurung, anak lelaki Yamasaki menderita bengkok. Beliau telah diambil oleh pihak berkuasa dan diletakkan di pusat penjagaan kebajikan sejak Januari lalu.

Lelaki itu diselamatkan selepas pihak berkuasa yang melawat rumah Yamasaki selepas mendapat maklumat.

Penyiasat percaya Yamasaki mula mengurung anaknya yang sakit mental dari usia 16 tahun, ketika ia mula “bertindak” ganas.

Buat masa ini, polis hanya menahan pesara itu atas dakwaan mengurung anaknya selama 36 jam pada 18 Januari lalu.

Yamasaki dilaporkan mengakui tuduhan itu.

Meskipun begitu, katanya, anaknya tetap diberi makan dan mandi setiap hari. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast