278, 590 pengundi awal akan mengundi awal esok
Mohd Hashim Abdullah

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan Mesyuarat Khas bersempena Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) esok.

Setiausahanya, Datuk Abdul Ghani Salleh berkata, mesyuarat itu akan dipengerusikan oleh Pengerusi SPR, Tan Sri Mohd Hashim Abdullah di bilik Mesyuarat Utama, Menara SPR, Putrajaya 10 pagi esok.

“Mesyuarat itu akan membincangkan tarikh-tarikh penting PRU ke 14 seperti Writ Pilihan Raya , Hari Penamaan Calon, hari mengundi awal dan hari mengundi.

“Selain itu daftar pemilih yang akan digunakan dalamm pilihan raya kali ini serta persiapan lain yang diperlukan bagi melaksanakan pilihan raya tersebut,” Katanya dalam kenyataan sebentar tadi.

Satu sidang media akan diadakan pukul 12 tengahari sejurus selepas mesyuarat khas itu selesai. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast