Ketua Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Dzulkifli Ahmad (tengah) bersama Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya, Seri Mohd Hashim Abdullah (dua kiri), dan pegawai-pegawai bergambar kenangan di hadapan bilik gerakan PRU 14 pada sidang media Khas Bersama Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya. foto SYAFIQ AMBAK, 09 APRIL 2018.

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan menubuhkan Pasukan Penguat kuasa Kempen Pilihan Raya (PPKPR) untuk memantau kempen PRU-14.

Pemantatauan dilakukan bermula hari penamaan calon sehingga pengisytiharan keputusan selepas mengundi.

Pengerusi SPR, Tan Sri Mohd. Hashim Abdullah berkata, setiap anggota penguat kuasa PPKPR akan memantau dan daripada segi bahan kempen, poster, ceramah, syarahan dan aktiviti berkempen berunsur rasuah politik.

“Memandangkan kuasa berkaitan dengan perbuatan rasuah lebih menjurus kepada bidang kuasa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) maka SPR akan memberi kerjasama erat kepada setiap salah laku yag dilaporkan kepada kami yang kemudian akan dirujuk kepada tindakan SPRM.

“Pemahaman kita sebelum ini mungkin berbeza kerana sebahagia orang awam menghantar aduan salah laku kuasa dan rasuah kepada kami dengan tanggapan ia berkaitan dengan SPR.

“Tetapi kerjasama dua suruhanjaya kami menerusi kewujudan Pusat Bilik Gerakan PRU14 24 jam di seluruh pejabat SPRM di negara ini penyelarasan SPR dan SPRM akan dilaksanakan sewajarnya sepanjang proses pilihan raya kali ini,” katanya dalam sidang media pelancaran pusat itu di sini.

Dalam perkembangan sama, Mohd. Hashim juga menegaskan,  dalam konteks pilihan raya terdapat peraturan khusus menyentuh mengenai aktiviti rasuah, salah laku dan hukumannya dibawah Seksyen 7 hingga 11 Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (Akta 5).

Seksyen itu jelasnya menyatakan kesalahan penyamaran, penjamuan, pengaruh tak wajar dan penyogokan sebelum semasa atau selepas PRU bukan sahaja membolehkan mereka dihukum penjara dan hukuman denda.

“Selain itu mereka yang terlibat bersalah boleh dikeluarkan dari senarai daftar pemilih selama lima tahun dari tempoh sabitan tersebut.

“Malah bagi melicinkan proses pilihan raya kali iuni Pasukan Petugas Khas akan diwujudkan untuk memantau salah guna kuasa dan perbuatan rasuah yang akan dianggotai SPRM, SPR dan Jabatan Peguam Negara,” tegas beliau. – MalaysiaGazette