Home Ekonomi Nilai jualan perdagangan borong, runcit Februari RM97b

Nilai jualan perdagangan borong, runcit Februari RM97b

Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Nilai jualan Perdagangan Borong & Runcit berjumlah RM97.3 bilion, meningkat 7.5% bagi bulan Februari 2018 berbanding tempoh yang sama tahun 2017.

Nilai jualan ini meliputi perniagaan Perdagangan Borong (RM47.6 bilion), Perdagangan Runcit (RM39.2 bilion) dan Kenderaan Bermotor (RM10.5 bilion), menurut Jabatan Perangkaan.

Pertumbuhan positif ini disumbang oleh perniagaan Perdagangan Runcit (9.2%) dan Perdagangan Borong (7.5%).

Menurutnya, indeks volum perdagangan borong & runcit meningkat 7.1 peratus kepada 158.0 mata bagi bulan Februari 2018 berbanding bulan Februari 2017 dipacu oleh peningkatan dalam Perdagangan Runcit ( 8.1%) dan Perdagangan Borong (7.9%).

Indeks volum pelarasan bermusim Perdagangan Borong & Runcit meningkat sebanyak 0.8 peratus berbanding dengan bulan sebelumnya. – MalaysiaGazette