Mohamad Fuzi Harun

PARIT BUNTAR – Sekurang-kurangnya tujuh negeri dikenalpasti sebagai ‘kawasan panas’ sepanjang kempen Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang dijadualkan pada 9 Mei ini.

Menurut Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun, negeri itu ialah Selangor, Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Terengganu, Perak, Sabah dan Sarawak.

Katanya, negeri itu antara yang diberikan fokus oleh polis agar tidak timbul sebarang ancaman kepada ketenteraman awam.

Bercakap kepada pemberita pada sidang media selepas program ‘Bebas Jenayah dan Dadah, Masyarakat Kerian Sejahtera’, beliau berkata, di Perak sahaja sebanyak 23 ‘kawasan panas’ perlu dipantau khususnya Kuala Kangsar, Hilir Perak, Taiping dan Ipoh.

“Semua sedia maklum seramai 1,131 individu kita akan pantau pada PRU kali ini, dengan di Perak sahaja seramai 440 individu yang berpotensi menimbulkan ancaman kepada ketenteraman awam juga akan diawasi pada pilihan raya umum kali ini,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast