Home Ekonomi Zainal Shaari dilantik Pengerusi Pos Malaysia, anak Syed Mokhtar sertai lembaga pengarah

Zainal Shaari dilantik Pengerusi Pos Malaysia, anak Syed Mokhtar sertai lembaga pengarah

KUALA LUMPUR- Pos Malaysia Bhd. melantik Pengarah Urusan Kumpulan Tradewinds (M) Bhd. Datuk Mohammad Zainal Shaari sebagai pengerusinya yang baharu.

Manakala anak gadis Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary, Sharifah Sofia Syed Mokhtar sebagai ahli lembaga pengarah.

Kedua-dua pelantikan tersebut berkuatkuasa hari ini.

Sebelum menyertai Tradewinds, Zainal merupakan Ketua Pegawai Operasi Khazanah Nasional.

“Beliau memiliki pengalaman luas dalam bidang korporat dan boleh menyumbang untuk meningkatkan lagi usaha kami di dalam membangunkan Pos Malaysia sebagai peneraju industri logistik bersepadu,” katanya dalam kenyataan di Bursa Malaysia.

Manakala Sharifah Sofia,24, merupakan pegawai khas kepada Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan pada Januari sehingga Oktober 2017.

Beliau merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Sains dalam Bidang Ekonomi daripada University of York, United Kingdom dan Ijazah Sains dalam Pengurusan Pembangunan daripada London School of Economics and Political Science.

Syed Mokhtar mempunyai pegangan secara tidak langsung di dalam Pos Malaysia menerusi DRB-Hicom.-MalaysiaGazette