Gandingan Vivian Hoo-Chow Mei Kuan.

GOLD COAST – Badminton terus menambah koleksi pingat emas hari pada Sukan Komanwel 2018 menerusi beregu wanita Malaysia Chow Mei Kuan-Vivian Hoo.

Pada perlawanan akhir di Carrara Sports and Leisure Centre, di sini, Mei Kuan-Vivian mengalahkan pasangan England Lauren Smith-Sarah Walker dengan keputusan 21-12, 21-12.

Kemenangan Mei Kuan-Vivian itu menyumbang pingat emas ketujuh kepada kontinjen Malaysia.

Pingat emas ketujuh itu memenuhi sasaran yang ditetapkan Malaysia dan mengatasi pencapaian negara pada Sukan Komanwel 2014 di Glasgow, Scotland. – MalaysiaGazette