Home Dunia Keluarga pertama Rohingya dari Bangladesh dibawa balik ke Myanmar

Keluarga pertama Rohingya dari Bangladesh dibawa balik ke Myanmar

Pelarian Rohingya melalui kawasan berselut di sempadan Myanmar-Bangladesh di Teknaf pada tahun lalu selepas berlaku keganasan di Rakhine oleh tentera Myanmar. foto Agensi

YANGON – Myanmar telah menghantar pulang keluarga pertama Rohingya pertama yang melarikan diri ke .

Penghantaran pulang itu merupakan hasil rundingan berbulan-bulan berunding Dhaka meskipun Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mendakwa Myanmar masih tidak bersedia untuk menerima semula lebih 700,000 orang pelarian.

Beratus-ratus ribu pelarian Rohingya terpaksa melarikan diri selepas penduduk itu dibunuh, diperkosa dan kediaman mereka dibakar.

Amerika Syarikat dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah menyifatkan operasi ketenteraan Myanmar sebagai pembersihan etnik.

Myanmar telah menafikan hampir semua tuduhan, dengan mengatakan ia menjalankan operasi balas pemberontakan secara sah.

Tentera Myanmar mendakwa melakukan tindakan kerasnya setelah diprovokasi dengan serangan pengganas Rohingya terhadap polis dan pangkalan tentera pada Ogos tahun lalu.

Myanmar dan Bangladesh bersetuju pada bulan Januari lalu untuk penghantaran balik pelarian dalam tempoh dua tahun.

Myanmar telah menyediakan dua pusat yang akan dijadikan kem sementara berhampiran sempadan Rakhine.

“Lima ahli keluarga telah tiba di pusat Taungpyoletwea pagi ini,” kata Kerajaan Myanmar.

Mereka telah menjalani pemeriksaan imigresen dan kesiharan dan agensi kerajaan telah menyediakan bekalan makanan, kelambu, selimut, baju-t dan kain serta peralatan dapur,” menurut Kerajaan Myanmar.

Kebanyakan rakyat Myanmar tidak mengiktiraf Rohingya kerana dianggap sebagai pelarian yang tidak dikehendaki oleh Bangladesh. – MalaysiaGazette