Home Nasional Pegawai SPRM diugut dengan peluru hidup

Pegawai SPRM diugut dengan peluru hidup

Azam Baki
Azam Baki

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memandang serius perbuatan individu yang cuba mengugut seorang pegawai kananya dengan meletakkan peluru hidup serta satu nota amaran berbaur ugutan di dalam peti surat rumahnya, semalam.

Satu laporan polis telah dibuat berhubung kejadian itu dan SPRM menggesa pihak polis untuk menyiasat kes tersebut serta mengenal pasti individu yang berbuat demikian supaya tindakan
sewajarnya boleh diambil mengikut lunas undang-undang.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki percaya perbuatan itu adalah berikutan beberapa kes berprofil tinggi yang disiasat oleh SPRM sejak kebelakangan ini.

Beliau ingin menegaskan bahawa warga SPRM tidak akan sama sekali tunduk kepada ugutan sedemikian dan akan terus melaksanakan tugas yang diamanahkan tanpa rasa gentar.  – MalaysiaGazette