Kapal Equanimity yang dikaitkan dengan Jho Low. foto Agensi

KUALA LUMPUR – Pemilik kapal Equanimity, Claimants mengalu-alukan keputusan Mahkamah Daerah Jakarta Selatan, Indonesia.

Keputusan itu yang menetapkan penahanan kapal mewah itu dilakukan oleh FBI itu secara tidak sah dan tidak mematuhi undang-undang, kata satu kenyataan Equanimity (Cayman) Limited hari ini.

“Insiden itu salah satu contoh ketidakadilan yang dilakukan oleh kerajaan Amerika Syarikat sehingga melakukan tindakan ekstrem di luar batas undang-undang merampas aset tertentu di seluruh dunia,” kata kenyataan yang sama.

Sebelum itu, Pengarah Unit Khas Jenayah Ekonomi Indonesia, Dr. Rudy Heriyanto Adi dalam kenyataan berkata, rampasan ke atas kapal itu adalah tidak sah dan tidak mematuhi undang-undang.

“Berdasarkan keputusan muktamad Mahkamah Jakarta Selatan, pihak polisi akan mematuhi perintah untuk mengembalikan kapal pesiaran itu kepada pemiliknya, Equanimity Cayman Limited,” katanya.

Selain itu, berdasarkan fakta prosiding, mahkamah mendapati pemilik sah kapal mewah Equanimity adalah Equanimity Cayman Limited (dan) kapal itu tidak ada kaitan dengan 1MDB,” tambahnya.- MalaysiaGazette

Kapal mewah Equanimity perlu dipulangkan kepada pemiliknya