Home Nasional Kapal mewah Equanimity perlu dipulangkan kepada pemiliknya

Kapal mewah Equanimity perlu dipulangkan kepada pemiliknya

Kapal Equanimity yang dikaitkan dengan Jho Low. foto Agensi

KUALA LUMPUR – Kapal mewah milik Equanimity Cayman Limited yang dirampas oleh polis Indonesia di Bali pada 28 Februari lalu tidak ada kaitan dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), menurut keputusan Mahkamah Daerah Jakarta Selatan.

Sehubungan itu, kapal tersebut perlu dipulangkan kepada pemiliknya.

Pengarah Unit Khas Jenayah Ekonomi Indonesia, Dr. Rudy Heriyanto Adi dalam kenyataan berkata, rampasan ke atas kapal itu adalah tidak sah dan tidak mematuhi undang-undang.

“Berdasarkan keputusan muktamad Mahkamah Jakarta Selatan, pihak polisi akan mematuhi perintah untuk mengembalikan kapal pesiaran itu kepada pemiliknya, Equanimity Cayman Limited” katanya.

Berdasarkan fakta prosiding itu, mahkamah mendapati pemilik sah kapal mewah Equanimity adalah Equanimity Cayman Limited (dan) kapal itu tidak ada kaitan dengan 1MDB,” tambahnya.

Kapal yang didakwa milik Jho Low itu ditahan oleh polis Indonesia susulan siasatan oleh Jabatan Keadilan Amerika Syarikat ke atas 1MDB. – MalaysiaGazette