GEORGETOWN- Seorang wanita Melayu berusia 28 tahun yang cuba membunuh diri dengan terjun dari Jambatan Pulau Pinang Kedua pagi tadi.

Bagaimanapun mangsa berjaya diselamatkan oleh lelaki yang menyedari kejadian itu.

Lelaki yang bekerja sebagai polis bantuan itu dikatakan turut terjun dari jambatan untuk menyelamatkan wanita berkenaan sebelum dibawa menaiki bot oleh nelayan yang berada di kawasan berhampiran.

Menurut sumber, mangsa yang berasal dari Permatang Pauh itu menghentikan keretanya di tengah jalan di Kilometer 9.9 menghala ke Batu Kawan sebelum terjun daripada jambatan.

Selepas mangsa diselamatkan, dia dibawa ke Jeti Batu Musang oleh bot nelayan dan kini didapati sudah stabil dan sedar.- MalaysiaGazette