Home Utama Jangan cetus perbalahan, kekacauan – titah Sultan Selangor

Jangan cetus perbalahan, kekacauan – titah Sultan Selangor

Sultan Sharafuddin Idris Shah
Sultan Sharafuddin Idris Shah

SHAH ALAM – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menasihatkan rakyat negeri itu agar tidak menimbulkan sebarang tindakan yang boleh mencetuskan perbalahan dan kekacauan ketika musim pilihan raya berjalan.

Baginda berharap, proses mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang dijadualkan 9 Mei ini dapat dijalankan dengan lancar dan dalam keadaan yang aman tanpa sebarang kekecohan serta huru hara dalam kalangan rakyat.

“Beta ingin menarik perhatian sekalian rakyat jelata terhadap senario semasa menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 pada bulan Mei ini.

“Beta ingin menegaskan, beta dan Istana Negeri Selangor sentiasa di pihak berkecuali dan tidak memihak kepada mana-mana parti politik di negara ini.

“Beta tidak ada kaitan dengan apa juga bentuk persaingan politik dan tidak mencampuri urusan politik sama ada di peringkat negeri mahupun negara,” titah baginda dalam kenyataan kepada media di sini, hari ini.

Tegas baginda lagi, kedudukannya sebagai seorang raja adalah mengatasi politik dan tidak seharusnya dilihat menyokong mana-mana parti politik.

Titahnya, baginda sentiasa percaya dan menghormati kuasa rakyat memilih pemimpin yang dirasakan layak mewakili mereka, selaras dengan sistem demokrasi berparlimen dan Raja Berperlembagaan yang diamalkan di Malaysia ketika ini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast