Zul Ariffin.

KUALA LUMPUR – Baru sahaja terpalit kontroversi putus cinta dengan Zahirah MacWilson awal minggu lalu, tiba-tiba kontroversi menghimpit lagi kepada pelakon kacak, Zul Ariffin malam tadi.

Apa tidaknya, aktor J Revolusi itu dikatakan memuat naik foto lucah di Instagram miliknya.

Foto alat sulit lelaki itu dimuat naik kira-kira pukul 8 malam dan dipadam dua minit kemudian namun ia telah tersebar dan menjadi topik perbincangan warga Twitter.

Imej berkenaan memperlihatkan tangan seorang lelaki memegang kemaluan dengan menampakkan separuh badan.

Sementara itu, kelab peminat rasminya Zul Ariffin FC memuat naik kenyataan bahawa akaun IG pelakon itu telah digodam individu tidak bertanggungjawab.

“Hai, akaun bos (Zul) telah digodam awal malam tadi. Dia sudah membuang foto berkenaan dan semuanya dalam kawalan.

Kenyataan daripada kelab peminat Zul Ariffin FC.

“Kami memohon maaf sekiranya mana-mana foto telah menyinggung perasaan anda. Zul akan mengambil tindakan yang sepatutnya untuk mengelakkannya perkara ini daripada berlaku lagi,” tulisnya.

Bagaimanapun, sehingga kini pelakon tersebut masih belum menjelaskan perkara berkenaan.

Sebelum ini, Zul secara terbuka mendedahkan hubungannya dengan Zahirah putus selepas dia kecewa sikap wanita itu kerana tidak menghormati jenazah ibunya, Allahyarham Robiah Nasir yang meninggal dunia pada 5 Disember 2017.

Zahirah dikatakan melakukan swafoto berdekatan jenazah allahyarham yang menimbulkan rasa kurang senang Zul.

Selepas kenyataan itu Zahirah tampil membuat penafian sementara ayah wanita tersebut, Zainol pula mendedahkan sikap Zul yang dikatakan tidak menghormatinya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast