Home Nasional Dasar Automotif pacu ekonomi – PM

Dasar Automotif pacu ekonomi – PM

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berucap pada Majlis Pelancaran Jerayawara Mobiliti Terhubung di MAEPS, Serdang, Selangor. foto HAZROL ZAINAL, 26 APRIL 2018.

SERDANG – Kerajaan yakin Dasar Automatif Nasional 2018 akan terus mendokong transformasi industri automatif ke arah mobiliti masa depan seterusnya menjadi enjin penggerak kepada ekonomi negara ke tahap tinggi.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, bagi merealisasikan visi tersebut, dasar dan peraturannya perlu disemak dan diselaraskan.

Beliau menjelaskan, penglibatan secara holistik juga merentasi pemegang saham termasuk kementerian, agensi industri automatif dan golongan belia.

“Ia adalah penting dalam merancang dan melaksana strategi industri kea rah hala tuju yang sama di samping meningkatkan  daya saing automatif negara.

“ Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dan Institut Automotif Malay­sia (MAI) telah pun memulakan kajian semula Dasar Automatif Negara 2018 yang dikenali sebagai NAP 2018 merangkumi empat tonggak utama iaitu Kenderaan Generasi Baru, Mobiliti, Revolusi Industri (IR 4.0) dan Kecergasan Buatan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan program Jerayawara Mobiliti Terhubung dan pelancaran Malaysia Autoshow 2018 di MAEPS di sini hari ini.

Malaysia Autoshow 2018 merupakan MAI yang memasuki edisi keempat tahun ini.

Mengulas lanjut, Najib menegaskan, kerajaan pimpinan Barisan Nasional (BN) telah mengambil langkah proaktif, lebih teliti dan mempunyai perancangan yang tersusun dalam merangka agenda pembangunan negara.

Jelas beliau, ia dapat dibuktikan pada pengumuman Manifesto BN pada Pilihan Raya Umum ke-14 yang menjadikan salah satu  teras menjadi tumpuan adalah Pengangkutan Futuristik. – MalaysiaGazette