Menu kambing bakar sempena Icip-Icip Ramadan di Hotel Sri Petaling.
Menu kambing bakar sempena Icip-Icip Ramadan di Hotel Sri Petaling.

KUALA LUMPUR – Sempena bulan Ramadan yang bakal menjelma, Hotel Sri Petaling akan menganjurkan bufet Ramadan bertemakan Icip-Icip Ramadan.

Icip-icip bermaksud menikmati makanan secara sikit-sikit.

Berkonsepkan ‘The Hawker Stall’, pelanggan boleh menikmati lebih 80 jenis juadah berbuka puasa yang istimewa dengan pelbagai pilihan masakan seperti tradisional kampung, Barat, Thailand dan lain-lain.

Menu Ayam Golek Sr Pahang sempena Icip-Icip Ramadan di Hotel Sri Petaling.

Antara juadah istimewa adalah Ayam Golek Sri Pahang, Rendang Lamb Shoulder, Ikan Patin Temerloh Masak Tempoyak, Fried Crab bersama Thai Chili, Kambing Golek, dan pelbagai lagi.

Kualiti serta kelazatan hidangan dijamin mampu membuka selera untuk dinikmati bersama keluarga dan rakan-rakan.

Sajian dan juadah menarik itu diilhamkan oleh Chef Aziz Hamzah yang berpengalaman selama 20 tahun dalam bidang kulinari dan masakan melayu.

Sementara itu, penyediaan ruang untuk berbuka mampu memuatkan lebih 200 orang dalam satu masa. Ia selaras dengan objektif Hotel Sri Petaling yang menyasarkan 4,000 pelanggan yang akan berkunjung pada tahun ini.

Menu Ikan Patin Temerloh Masak Tempoyak sempena Icip-Icip Ramadan di Hotel Sri Petaling.

Malah hotel milik Management Services Sdn. Bhd. itu juga bakal menganjurkan program amal jariah dengan meraikan anak-anak yatim dan golongan asnaf bagi menyalurkan derma yang disumbangkan oleh individu-individu yang prihatin.

Dalam pada itu, Bufet Icip-Icip Ramadan akan bermula dari 18 Mei sehingga 13 Jun depan pukul 6.30 petang sehingga 10 malam.

Harga bufet adalah RM70 bagi orang dewasa dan RM35 untuk kanak-kanak yang berusia 5 hingga 12 tahun.

Julung kalinya tahun ini, ia menawarkan harga istimewa serendah RM50 bagi minggu pertama Ramadan bermula 8 hingga 24 Mei ini.

Pelbagai menu pencuci mulut.
Pelbagai menu pencuci mulut.

Pelanggan yang membeli baucer sebelum 17 Mei 2018 akan berpeluang mendapatkan baucer ‘Early Bird Promotion”’ berharga RM60.

Bagi yang berminat untuk merasai kemeriahan berbuka puasa di Hotel Sri Petaling boleh membuat tempahan terus di kaunter hotel atau hubungi talian di 03-9058 2323.

Maklumat lanjut mengenai Hotel Sri Petaling boleh didapati di Facebook: Hotel Sri Petaling Kuala Lumpur dan Instagram: hotelsripetalingkl bagi mendapatkan informasi terkini tentang promosi atau aktiviti yang dijalankan. – MalaysiaGazette

Menu ulam-ulaman turut disediakan.
Menu ulam-ulaman turut disediakan.