engerusi Barisan Nasional, Datuk Seri Najib Razak diiringi Calon Barisan Nasional P.124 Bandar Tun Razak, Adnan Seman bersalaman dan beramah mesra dengan jemaah dan penduduk BTR selepas menunaikan solat Asar pada Majlis Minum Petang Bersama Pengundi dan Jentera P.124 Bandar Tun Razak sempena kempen Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) di Masjid Az-Zubbair Ibnul Awwam, Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur. foto NOOR ASREKUZAIREY SALIM, 01 MEI 2018.
Pengerusi Barisan Nasional, Datuk Seri Najib Razak diiringi Calon Barisan Nasional P.124 Bandar Tun Razak, Adnan Seman bersalaman dan beramah mesra dengan jemaah dan penduduk BTR selepas menunaikan solat Asar pada Majlis Minum Petang Bersama Pengundi dan Jentera P.124 Bandar Tun Razak sempena kempen Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) di Masjid Az-Zubbair Ibnul Awwam, Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur. foto NOOR ASREKUZAIREY SALIM, 01 MEI 2018.

KUALA LUMPUR – Calon Barisan Nasional (BN) di Parlimen Bandar Tun Razak, Adnan Seman berjanji akan memberikan khidmat guaman percuma  jika dipilih menjadi wakil rakyat. 

Sebagai peguam berusia 42 tahun, beliau juga menyuarakan hasrat untuk menyediakan tabung khas guaman di kawasan itu untuk membantu golongan tidak berkemampuan. 

“Sebagai seorang peguam muda saya akan membuka khidmat bantuan guaman di Bandar Tun Razak kerana saya ada rangkaian guaman.

“Saya akan berikan khidmat guaman percuma dan tabung bantuan guaman. Tabung ini kita akan guna untuk kos anak guaman yang diperlukan,” katanya ketika berucap di majlis Minum Petang bersama Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Razak di sini hari ini.

Selain itu, Adnan turut menyuarakan hasratnya untuk menubuhkan Program 1Graduan melahirkan graduan khusus untuk aspek pendidikan dalam kalangan mahasiswa dan pelajar sekolah menengah. 

“Saya akan fokus isu pendidikan, kemahiran dan sosial kerana pendidikan mengangkat darjat dan taraf kehidupan kita semua.

“Saya akan melancarkan 1Graduan melahirkan 1Graduan. Program ini program bersepadu yang kita akan libatkan mahasiswa graduan yang lahir di Bandar Tun Razak dan akan memberikan penekanan kepada pelajar sekolah menengah supaya prestasi pelajaran mereka meningkat dan seterusnya melahirkan ramai graduan di kawasan ini,” tambahnya lagi.

Adnan pada PRU-14 ini akan berhadapan dengan calon PKR, Datuk Kamaruddin Jaafar dan calon Pas, Rosni Adam. 

Dua penggal yang lalu kawasan parlimen di ibu kota itu disandang oleh PKR iaitu Tan Sri Khalid Ibrahim yang kemudiannya keluar dari parti itu menjadi wakil rakyat bebas di Bandar Tun Razak.-MalaysiaGazette