Home Nasional Latar tawar tol percuma pada hari mengundi

Latar tawar tol percuma pada hari mengundi

KUALA LUMPUR – Lebih 100,000 pengguna Lebuh Raya Kuala Lumpur- Kuala Selangor (Lebuhraya LATAR) bakal menikmati perjalanan tol percuma mulai pukul 8 pagi hingga 5 petang pada 9 Mei ini sempena Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14)).

Pengarah Urusan Lebuhraya LATARĀ  Datuk Mohamed Raffe Chekku dalam satu kenyataan berkata, tawaran berkenaan bagi membantu pengguna untuk keluar mengundi pada hari berkenaan.

“Lebuhraya LATAR adalah pintu masuk bukan sahaja ke bandar-bandar kecil di pantai barat Semenanjung Malaysia tetapi juga ke perbandaran lain seperti Selayang, Rawang, Shah Alam, Sg Buloh dan banyak lagi.

“Pasukan operasi kami sentiasa bersedia untuk memantau pergerakan lalu lintas pada hari itu. Di samping itu, laluan tambah nilai ‘Touch n Go’ masih beroperasi 24 jam,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Maklumat lanjut mengenai Lebuhraya LATAR boleh didapati dengan menghubungi talian di 03-6145 1515 atau melayari http://www.facebook.com/latarexpressway dan http://www.twitter.com/Latarexpressway

LATAR Expressway Berhad, yang dahulunya dikenali sebagai Lebuhraya Assamjawa Taman Rimba Bhd (LATAR), merupakan subsidiari Bina Puri Holdings Berhad (50 peratus) dan Rafulin Holdings Sdn Bhd melalui anak syarikat milik penuhnya, Arena Irama Sdn Bhd (50 peratus). – MalaysiaGazette