Rizal bakal dikenakan tindakan undang-undang kerana memfitnah.
Rizal bakal dikenakan tindakan undang-undang kerana memfitnah.

KUALA LUMPUR – Seorang individu yang mendakwa dirinya ahli Parti Amanah Negara (PAN) hari ini tampil mendedahkan skandal yang didakwa melibatkan Presiden PAN, Mohamad Sabu (Mat Sabu) dengan seorang wanita muda.

Dalam satu sidang media yang berlangsung di ibu negara hari ini, individu berkenaan yang memperkenalkan dirinya sebagai Rizal Bakar dan mengaku sebagai ahli PAN Kuala Kedah dan turut menunjukkan bukti mengaitkan Mat Sabu.

Menurutnya, dia yang mewakili beberapa lagi rakannya yang juga ahli PAN terpanggil untuk mendedahkan kepada umum selepas menerima sebuah sampul mengandungi salinan yang di cetak menggunakan kertas bersaiz A3 menunjukkan perbualan Whatsapp kononnya antara Mohamad Sabu dengan seorang wanita.

Malah, pada sidang media itu Rizal turut memainkan rakaman perbualan telefon Mat Sabu dengan wanita yang sama.

Katanya, sampul itu diterima daripada individu tidak dikenali yang telah menyelitkannya di cermin kereta di bahagian hadapan di rumahnya.

Selain perbualan Whatsapp, Rizal turut menunjukkan tiga gambar seorang wanita dengan wajah tertutup.

Rizal juga mendakwa kedua-dua mesej WhatsApp dan klip audio itu menunjukkan pemimpin parti dan wanita tersebut terlibat dalam hubungan sulit.

Rizal kemudian mencabar pemimpin parti berkenaan untuk bertindak balas terhadap dakwaannya dalam masa 36 jam atau dia akan mendedahkan video pula sebagai bukti.

“Saya menggesanya untuk memberikan penjelasan, untuk mengatakan sama ada apa yang saya dedahkan itu benar atau tidak.

“Saya berikan tempoh untuk dia memberikan jawapan dalam masa 36 jam atau tidak, kita akan bertemu di sini lagi dalam masa 36 jam dan saya akan menunjukkan video,” katanya.

Dalam pada itu, Mat Sabu dalam satu laporan portalĀ  hari ini menganggapnya fitnah sedemikian satu perkara biasa menjelang pilihan raya umum dan tidak mengenali individu yang yang mengaku ahli PAN itu.- MalaysiaGazette