Mohamad Fuzi Harun
Mohamad Fuzi Harun

KUALA LUMPUR – Seramai 111,702 pegawai dan anggota polis akan mengundi awal esok.

Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, daripada jumlah itu seramai 5,660 orang akan mengundi di Bukit Aman manakala 106,042 orang akan mengundi di 14 Ibupejabat Polis Kontinjen IPK dan Balai Polis Daerah.

“Manakala seramai 7,695 orang adalah pesara polis yang masih berstatus pengundi awal akan mengundi di Bukit Aman dan juga 14 kontinjen (IPK) terpilih seluruh negara.

“Mereka berstatus pengundi awal kerana masih belum menukar status mereka kepada pengundi biasa,” katanya pada sidang media khas hari ini.

Dalam pada itu Mohamad Fuzi juga memaklumkan beliau dan juga timbalannya, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim serta bekas KPN, Tan Sri Khalid Abu Bakar dan Tan Sri Ismail Omar akan hadir ke Bukit Aman untuk mengundi esok.

Dalam pada itu beliau memberitahu, setakat semalam (3 Mei) pihaknya menerima 860 laporan polis berkaitan kesalahan pilihan raya.

Kata beliau, beliau sebanyak 14 kertas siasatan telah dibuka dan 17 tangkapan dibuat setakat ini. – MalaysiaGazette