PNB Perdana Hotel & Suites On The Park Kuala Lumpur memilih tema Nostalgia Desa Ramadan.
PNB Perdana Hotel & Suites On The Park Kuala Lumpur memilih tema Nostalgia Desa Ramadan.

KUALA LUMPUR – Bersempena kedatangan Ramadan tahun ini, PNB Perdana Hotel & Suites On The Park Kuala Lumpur memberi peluang kepada orang ramai untuk menikmati hidangan bufet Ramadan di dua lokasi berbeza.

Ketua Pemasaran dan Komunikasinya, Zaid Jamaludin berkata, orang ramai boleh mengikut selera masing-masing dengan memilih di The 39 Restoran atau 10 Binjai Restoran.

Jelas beliau, dua restoran memiliki keistimewaan tersendiri dengan memilih tema Nostalgia Desa Ramadan.

Menu ulam-ulaman.
Menu ulam-ulaman.

“Belian awal buffet di The 39 Restoran hanya berharga RM100 jika dibeli sebelum 17 Mei ini dan kembali kepada harga asal RM123.

“Orang ramai boleh menghubungi The 39 Restoran di talian 03-7490 3939 untuk membuat sebarang tempahan,” katanya.

Zaid memberitahu, tarikan menu di The 39 Restoran adalah Pais Barramundi iaitu resipi tradisi turun temurun di negeri Perak.

Puding buah-buahan.
Puding buah-buahan.

Jelasnya, ia merupakan isi ikan kerapu yang telah dibakar bersama rempah ratus dan herba serta dimakan bersama nasi putih sambil menyaksikan panorama indah bandaraya Kuala Lumpur.

“Turut dihidang gulai kawah lamb shank iaitu kepingan daging kambing yang telah diadunkan bersama herba dan rempah ratus pastinya membuatkan sajian anda bertambah menyelerakan,” ujarnya.

Zaid menambah, belian awal bufet di 10 Binjai Restoran pula adalah berharga RM80 jika dibeli sebelum tarikh sama dan kembali ke harga asal RM98.

Menu kuih-muih.
Menu kuih-muih.

Katanya, 10 Binjai Restoran boleh di talian 03-7490 3838 untuk membuat sebarang tempahan.

“Di restoran ini, pengunjung boleh memilih menu pilihan Claypot Ikan Patin, Sang Har noodles, Hainese Chicken Chop, Perdana Crab Kway Teow, Daging Salai, Lemak Cili Api, Half Bird Roasted Chicken, Nasi Goreng Kerabu Lamb atau Sweet And Sour Fisah selain air minuman beserta buah-buahan,” ujarnya. – MalaysiaGazette

 

Kurma menu wajib berbuka puasa.
Kurma menu wajib berbuka puasa.