Brighton & Hove Albion semasa wisel akhir dibunyikan, setelah pasukan mereka berjaya menewaskan pasukan Manchester United.
Brighton & Hove Albion semasa wisel akhir dibunyikan, setelah pasukan mereka berjaya menewaskan pasukan Manchester United.

LONDON – Ibarat pesta di Brighton & Hove Albion selepas wisel akhir dibunyikan apabila pasukan itu berjaya menewaskan kelab ternama, Manchester United, awal pagi tadi.

Malah sejarah peribadi tercipta buat kelab yang mencipta kemenangan 1-0 di gelanggang sendiri.

United berjaya menewaskan semua enam pasukan teratas liga pada musim ini tapi dengan mudah tercicir mata dengan pasukan kerdil yang berada di pertengahan dan di bawah liga.

Ibarat penyakit semput kembali menyerang setiap kali selepas menang dengan pasukan pilihan.

Marcus Rashford ternyata serba tidak menjadi dan kekok beraksi pada tugasan barunya. Posisinya telah diisi Anthony Martial yang turut menurun prestasi permainannya ketika ini.

Paul Pogba dan Martial kerap membuang peluang dengan melakukan percubaan liar di atas palang termasuk gemar menggelecek solo namun sering dicantas lawan.

Akhirnya, United peluang untuk memperkukuhkan kedudukan kedua liga dipersia-siakan dengan aksi longlai yang ditunjukkan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast