Pemain legenda Liverpool, Steven Gerrard dilantik sebagai pengurus kelab Scotland, Glasgow Rangers. Foto The Independent.
Steven Gerrard . Foto The Independent.

GLASGOW – Pemain legenda Liverpool, Steven Gerrard dilantik sebagai pengurus kelab Scotland, Glasgow Rangers sekali gus menamatkan tugas sebagai jurulatih pasukan muda Liverpool.

Gerrard, 40, bakal memulakan tugas rasmi sebagai pengurus kelab itu pada musim ini.

Sebelum ini, bekas kapten The Reds itu telah menolak tawaran untuk menguruskan Milton Keynes Dons (MK Dons).

Los Angeles Galaxy merupakan kelab terakhirnya sebagai seorang pemain.

Semasa di Liverpool, beliau telah menjadi kapten pasukan selama 12 tahun selepas bersama kelab utama Inggeris itu selama 19 tahun.

Sepanjang tempoh tersebut, beliau telah memenangi pelbagai trofi. Antaranya, UEFA Champions League dan Piala FA.

Antara detik diingati ialah ketika menjadi nadi utama kelab sewaktu di bawah pengurusan Rafael Benitez.

Ketika sesi pengenalan rasmi di Glasgow, Steven mengakui beliau menghormati sejarah dan tradisi kelab utama Scotland itu.

Beliau sendiri mengatakan tidak sabar untuk menjalankan tanggungjawab demi membawa banyak kejayaan di Ibrox.

Namun begitu, barisan kejurulatihan di kelab itu masih belum diumumkan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast