Tun Mahathir Mohamad menziarahi kubur Allahyarham Fadzil Nor di Kedah.
Tun Mahathir Mohamad menziarahi kubur Allahyarham Fadzil Nor di Kedah.

KUALA LUMPUR – Tun Dr. Mahathir Mohamad mengunjungi kubur Allahyarham Ustaz Fadzil Noor di Darul Ulum.

Beliau turut menziarahi kubur Allahyarham bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Azizan Abdul Razak yang terletak bersebelahan kubur bekas Presiden Pas itu.

Menerusi video yang dimuat naik di Facebook Mukhriz Mahathir FC, beberapa orang menemani pengerusi gabungan pembangkang PKR diketuai DAP itu.

Turut kelihatan dalam video itu anak kepada Fadzil, Muhammad Faiz yang merupakan calon PKR bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN),Permatang Pasir serta seorang lagi calon PKR bagi kerusi Parlimen Pokok Sena, Mahfuz Omar.

Mahathir yang juga bekas perdana menteri itu sebelum ini tidak pernah berbuat demikian walaupun beliau pernah mentadbir negara selama 22 tahun. – MalaysiaGazette