“Saya Tak Gerun Pun Kalau Kena Pecat” – Rais Yatim

“Saya pernah dipecat dulu jadi tidak ada masalah bagi saya. Ingat saya gerun benar isu dipecat ini, tidak ada apa bagi saya. Saya takut dipecat tuhan.”

Itu jawab Penasihat Sosiobudaya Kerajaan, Tan Sri Rais Yatim berhubung dakwaan beliau kini disiasat Lembaga Disiplin UMNO dan mungkin dipecat oleh parti itu tidak lama lagi.

Rais memberitahu beliau pernah dipecat oleh parti semasa pemerintahan bekas perdana menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

“Saya pernah dipecat dulu jadi tidak ada masalah bagi saya. Ingat saya gerun benar isu dipecat ini, tidak ada apa bagi saya. Saya takut dipecat tuhan,” katanya kepada media selepas melancarkan buku “History for Nation Building” di Bangsar Village di sini petang tadi.