Dr. Zulkifli Mohamad
Dr. Zulkifli Mohamad

KUALA LUMPUR – Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad mengajak rakyat sama-sama memelihara keamanan negara dan tidak membiarkan ia dalam keadaan huru hara dan ketakutan.

Katanya, adalah satu kewajaran dan kemestian bagi seluruh rakyat mensyukuri nikmat aman ini yang sepatutnya dijunjung dan dijulang.

“Kita sekarang diambang pilihan raya. Saya tajukkan nasihat saya ini dengan Pilihan Raya dan Keamanan.

“Sebenarnya negara kita berada dalam keadaan keamanan yang amat tinggi berbanding dengan negara lain.

“Jadi, peliharalah keamanan ini kerana amat merbahaya dan juga rugi kepada negara yang tidak aman, masyarakatnya dalam keadaan huru hara, ketakutan, dihimpit dengan kesukaran untuk meneruskan sisa-sisa kehidupan,” katanya dalam perutusan khas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) di sini, hari ini.

Justeru, Zulkifli mengajak rakyat menghargai keamanan dan hendaklah menjaga tata susila diri, emosi, amarah dan salurlah dengan cara yang terbaik agar sentiasa meningkatkan ukhwah, sifat persaudaraan serta memelihara keharmonian negara.

“Dalam apa jua badai, ombak, gelombang yang berlaku, maka sebuah ketabahan, kesabaran, begitu juga rasional akal kita hendaklah kita daulatkan dan kita junjung. Insya-Allah, sudah barang pasti kita akan rai kehidupan sebaiknya.

“Kita harap negara kita tetap menjadi negeri yang baik dan akan memperoleh keampunan daripada Tuhan,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast