BAITULMAQDIS – Papan tanda Kedutaan Amerika Syarikat sudah di pasang di bandar itu sebelum pembukaan pejabat itu minggu depan.

Pekerja-pekerja memasang papan tanda hitam-putih, dalam Bahasa Inggeris, Ibrani dan Arab, di sepanjang jalan menuju ke bangunan konsulat Amerika Syarikat di selatan Baitulmuqaddis yang akan diubahsuai sebagai kedutaan baru,

Amerika Syarikat akan berpindah secara rasmi kedutaannya pada 14 Mei ini.

“Ini bukan impian. Ia adalah realiti, “tulis Mayor Jerusalem Nir Barkat di Twitter.

Israel menawan timur Baitulmaqdis dari kawalan Jordan pada perang Timur Tengah 1967 dan tindakan itu tidak diiktiraf di peringkat antarabangsa.

Pusingan terakhir perundingan damai mengenai sebuah negara Palestin di Tebing Barat dan Gaza musnah pada tahun 2014. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast