Alex Ferguson telah mengumpul 38 trofi juara sepanjang 26 tahun di Old Trafford termasuk 13 piala juara Liga Perdana dan gelaran Liga Juara-Juara.
Alex Ferguson telah mengumpul 38 trofi juara sepanjang 26 tahun di Old Trafford termasuk 13 piala juara Liga Perdana dan gelaran Liga Juara-Juara.

LONDON – Sir Alex Ferguson kini menunjukkan perkembangan kesihatan positif apabila beliau mulai sedar dan bercakap.

Mail Online melaporkan, berita gembira itu dimaklumkan oleh rakan-rakan bekas pengurus Manchester United itu yang telah melawatnya.

Legenda United itu telah menjalani rawatan intensif selepas mengalami pendarahan otak pada hujung minggu.

Sejak Ahad lalu, tiada sebarang kemas kini secara rasmi diumumkan oleh pengurusan tertinggi kelab itu.

Namun rakannya memberitahu, Ferguson sudah bertanya mengenai kesihatannya dua hari selepas melakukan pembedahan.

Ferguson,76, bersara sebagai pengurus United pada 2013.

Untuk rekod, sepanjang menguruskan Manchester United, Ferguson telah mengumpul 38 trofi juara sepanjang 26 tahun di Old Trafford termasuk 13 piala juara Liga Perdana dan gelaran Liga Juara-Juara. – MalaysiaGazette