Pengerusi Pakatan HARAPAN, Tun Mahathir Mohamad.
Tun Dr. Mahathir Mohamad.

KUALA LUMPUR – Tun Dr. Mahathir Mohamad berharap rakyat Malaysia dapat membuat pilihan tepat ketika mengundi sempena PRU-14 esok.

Pengerusi Pakatan Harapan itu juga berharap proses demokrasi berjalan lancar dan hasrat mereka mahu menumbangkan Barisan nasional (BN) tercapai.

Bagaimanapun tiada sebarang janji atau modal politik terakhir Mahathir seperti yang diharapkan para penyokongnya.

Calon PKR bagi kerusi Parlimen Langkawi itu turut menggesa orang ramai supaya keluar mengundi dengan membuat pilihan tepat demi masa depan mereka.

Dalam ucapannya, Mahathir menyatakan keyakinan bahawa akan berlaku perubahan kerajaan yang akan diumumkan pada malam esok.

Mahathir yang sepatutnya berucap selama satu jam bagaimanapun hanya mengambil separuh daripada masa itu dengan menghabiskan ucapannya kira-kira pukul 10.30 malam.

Ketika berucap Mahathir dilihat menggunakan telepromter berbanding Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang hanya menyampaikan ucapan secara bersahaja dan dipancarkan di televisyen. – MalaysiaGazette