Setakat ini kem Mohamed Azmin membolot semua jawatan utama PKR
Setakat ini kem Mohamed Azmin membolot semua jawatan utama PKR

KUALA LUMPUR – Timbalan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berjaya mempertahankan kerusi Dewan Undangan negeri (DUN) Bukit Antarabangsa dengan memperoleh 9,499 undi dalam PRU-14 ini.

Dalam pertandingan lima penjuru itu, bekas Menteri Besar Selangor itu menewaskan empat pencabarnya, calon Barisan Nasional (BN) Salwa Yunus, calon Pas, Sharifah Haslizan Syed Ariffin, calon PRM, Ahmad Kamaruddin dan calon bebas, Azwan Ali dengan majoriti 7,744 undi.

Kerusi Bukit Antarabangsa menjadi panas apabila adik Mohamed Azmin sendiri, Azwan mencabar abangnya dengan menggunakan simbol gajah.

Bagaimanapun Azwan atau dikenali Diva AA itu tewas dengan memperoleh 24 undi sahaja.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast