Pengerusi PH Negeri Sembilan, Aminuddin Harun (tengah) mengumumkan gabungan pembangkang itu memenangi 19 daripada 36 kerusi DUN di Negeri Sembilan di Seremban malam tadi.
Pengerusi PH Negeri Sembilan, Aminuddin Harun (tengah) mengumumkan gabungan pembangkang itu memenangi 19 daripada 36 kerusi DUN di Negeri Sembilan di Seremban malam tadi.

SEREMBAN – Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan mengumumkan mereka sudah menguasai kerajaan negeri.

Pengerusi PH Negeri Sembilan, Aminuddin Harun mengumumkan gabungan pembangkang itu memenangi 19 daripada 36 kerusi DUN di Negeri Sembilan.

Katanya, DAP menyumbang 11 kerusi, PKR (5) dan Amanah (3).

“PKR (memenangi kerusi) Sikamat, Ampangan, Chuah, Seri Tanjung, Pilah. Amanah pula menang di Paroi, Klawang, Lenggeng

“DAP mempertahankan 11 kerusi mereka yang lepas (iaitu) Chennah, Lobak, Nilai, Temiang, Rahang, Seremban Jaya, Lukut, Bukit Kepayang, Mambau, Repah,” katanya pada sidang media di Hotel Royal Chulan, Ampangan malam tadi.

Bagaimanapun keputusan rasmi belum diumumkan Suruhanjaya Pilhanraya (SPR). -MalaysiaGazette