Tan Sri Noh Omar akan melepaskan jawatan sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor susulan gagal menawan negeri itu pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) Mei lepas.
Tan Sri Noh Omar

KUALA LUMPUR – Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor, Tan Sri Noh Omar berjaya mempertahankan kerusi P095 Tanjong Karang pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) hari ini.

Dalam pertandingan tiga penjuru kali ini, Noh berjaya mempertahankan Parlimen Tanjong Karang yang dimenanginya sejak lima penggal lalu.

Keputusan tidak rasmi menyaksikan Noh menewaskan dua pencabarnya iaitu calon PKR, Kapten (B) Datuk Dr Zulkaferi Hanafi dan calon Pas, Nor Az Azlan Ahmad.

Dalam Pilihan Raya Umum ke-13, Noh memperoleh majoriti 4,394 undi menewaskan calon Pas, Mohamad Rashdi Deraman dan calon Bebas, Masrun Tamsi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast