Pengerusi Pakatan HARAPAN, Tun Mahathir Mohamad.
Tun Dr. Mahathir Mohamad.

KUALA LUMPUR – Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan beliau berjaya mendapat sokongan lebih daripada 135 Ahli Parlimen dan menamakan dirinya sebagai Perdana Menteri yang ke-7.

Katanya, kerajaan baru perlu ditubuhkan sebelum pukul 5 petang  bagi melengkapkan proses demokrasi seperti kehendak rakyat ketika ini.

“Pembentukan perlu dilakukan dengan segera, sekurang-kurangnya sebelum jam 5 petang ini. Kita secara terang-terangan sudah menang dengan majoriti lebih 135 termasuk daripada parti Warisan.

“Untuk menjadi perdana menteri, mengikut Perlembagaan, seseorang itu memerlukan sokongan majoriti daripada ahli Parlimen bukannya restu daripada parti. Itu yang termaktub dalam Perlembagaan kita. Sebenarnya PH sudah mendapat sokongan majoriti itu.

“Saya telah meminta setiap ahli Parlimen termasuk di Sabah – parti Warisan untuk menantangani sokongan mereka terhadap ‘Tun Dr Mahathir Mohamad’ sebagai perdana menteri. Masing-masing juga telah menyokong dan menantangani surat tersebut.

“Surat sokongan ini bukan termaktub dalam Perlembagaan untuk menubuhan kerajaan  memandangkan kerajaan terdahulu telah kalah. Terdapat sedikit kekeliruan memandangkan kesemua parti dalam PH telah bertanding di bawah satu logo,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang media khas PH di Hotel Sheraton bagi memberi penjelasan tentang status dan ‘salah faham’ yang sedang berlaku ketika ini.

Dalam pada itu, jelas beliau, surat sokongan itu akan dipersembahan kepada Yang Di-Pertuan Agong bagi mendapatkan perkenan baginda untuk menubuhkan kerajaan PH sebelum menjelangnya jam 5 petang ini.

“Saya baru sahaja menyiapkan surat sokongan itu pagi tadi selepas bangun dan bersarapan pagi. Kita akan serahkan sebentar lagi,” ujar Dr. Mahathir.

Dalam pada itu, ketika di soal adakah beliau tidak begitu disukai sehingga menyebabkan dirinya menghdapi cabaran untuk mengangkat sumpah sebagai perdana menteri, Tun Mahathir menafikan isu tersebut.

“Saya adalah orang baik dan di sukai oleh semua. Saya tidak pasti pula apa yang anda cakap” katanya berseloroh. – MalaysiaGazette