Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar.
Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar.

KUALA LUMPUR – Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar memohon semua rakyat negeri itu menghormati suara rakyat yang mahu kerajaan yang baharu.

Baginda turut menitahkan kerajaan dilantik serta-merta dan jangan membuang buang masa lagi.

Pada masa sama, Sultan Ibrahim berharap Istana Negara melantik perdana menteri baharu hari ini juga.

“Pada semua rakyat johor, bangsa johor, pilihan raya sudah berlalu. Saya minta semua menghormati suara rakyat yang mana rakyat hendakkan kerajaan yang baharu.

“Dengan ini saya minta kerajaan dilantik serta-merta dan janganlah buang masa lagi.

“Saya harap Istana Negara ini hari juga melantik Perdana Menteri yang baru kerana ini adalah kepentingan rakyat, bukan kepentingan saya atau individu.

“Saya harap perkara ini sampai kepada seluruh rakyat johor dan Malaysia yang saya cintai,” katanya dalam dalam satu rakaman video di sini hari ini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast