Mukhriz Mahathir
Mukhriz Mahathir

ALOR SETAR – Majlis mengangkat sumpah Menteri Besar Kedah yang baharu dijadualkan berlangsung hari ini di Istana Anak Bukit, Kedah.

Surat jemputan ke majlis tersebut dikeluarkan oleh kerajaan negeri yang memaklumkan ia akan diadakan pada jam 3 petang, bagaimanapun ia tidak memaklumkan siapa yang akan mengangkat sumpah.

Difahamkan, Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir bakal mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Kedah Ke-13 menggantikan Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah yang tersingkir selepas tewas dalam pilijan raya umum baru-baru ini.

PH Kedah memenangi 18 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) daripada 36, sementara Pas 15 dan Barisan Nasional (BN) pula 3.

Bagaimanapun, terdapat khabar angin mengatakan kemungkinan tiga ADUN BN tersebut akan menyertai PH memandangkan kedudukan kerusi yang boleh mewujudkan berlakunya DUN tergantung. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast