KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Tun Razak akur dengan tindakan Jabatan Imigresen menyenaraihitamkan pasport beliau dan keluarga.

Dalam laman Twitternya, Najib berkata: “Saya telah dimaklumkan bahawa Jabatan Imigresen Malaysia tidak membenarkan saya dan keluarga ke luar negara.

“Saya menghormati arahan tersebut dan akan bersama keluarga dalam negara.”

Najib dilaporkan akan bercuti ke luar negara bermula hari ini, bagaimanapun tidak dapat berbuat demikian apabila pasport beliau dan isteri disenarai hitam. – MalaysiaGazette