Pemenang Anugerah Pasangan Terbaik, Ayda Jebat bersama Syafiq Kyle menunjukkan trofil yang dimenangi pada Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2018 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya. foto SYAFIQ AMBAK, 13 MEI 2018
Pemenang Anugerah Pasangan Terbaik, Ayda Jebat bersama Syafiq Kyle menunjukkan trofil yang dimenangi pada Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2018 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya. foto SYAFIQ AMBAK, 13 MEI 2018

PUTRAJAYA – Drama berjudul Dekatkan Jarak Kita terbitan JS Pictures Sdn Bhd dipilih sebagai Drama Pilihan pada Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2018 (DFKL 2018) malam ini.

Berlangsung, di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini, DFKL2018 turut menobat dua pelakon utama drama itu, Syafiq Kyle dan Ayda Jebat menerusi kategori Pasangan Pilihan menewaskan seramai 11 calon lain.

Dalam pada itu, Heykal Hanifah diumumkan pemenang trofi Pengarah Pilihan menerusi drama Titian Cinta.

Pemenang Anugerah Pengarah Pilihan, Heykal Hanifah menunjukkan trofil yang dimenangi pada Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2018 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya. foto SYAFIQ AMBAK, 13 MEI 2018

Drama itu juga membolot tiga lagi trofi menerusi kategori Penulisan Skrip Pilihan (Farhana Fauri) dan Lagu Pilihan (Sumpah Cintaku nyanyian Asfan).

Seperti dijangka, Zul Ariffin membawa pulang trofi Aktor Pilihan menerusi drama yang sama.

Janna Nick pula mendapat trofi Aktres Pilihan menerusi lakonannya menerusi drama Biar Aku Jadi Penunggu.

Pemenang Anugerah Aktor Pilihan, Zul Ariffin bersama Pemenang Anugerah Aktres Pilihan, Janna Nick menunjukkan trofil yang dimenangi pada Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2018 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya. foto SYAFIQ AMBAK, 13 MEI 2018

Syukri Yahaya pula menerima trofi Antagonis Pilihan hasil lakonan cemerlangnya dalam drama berjudul Andainya Takdir.

Semua pemenangan menerima sebuah trofi sumbangan TV3.

Pembukaan DFKL 2018 diserikan dengan persembahan daripada Ayda Jebat, Budak Joget dan Altimet.

Turut membuat persembahan adalah Ernie Zakri, Haqiem Rusli, Ismail Izzani, Siti Sarah dan Shuib.

Persembahan penutup pula diserikan dengan penampilan Syamel dan Azlan Typewriter.

DFKL 2018 dihoskan oleh Ajak Shiro dan Nabila Huda dan disiarkan secara langsung menerusi TV3 pukul 9 malam. – MalaysiaGazette