Arsene Wenger meninggalkan Arsenal
Mikel Arteta pilihan utama Arsenal menggantikan Arsene Wenger di Emirates Stadium.

ENGLAND – Ketua Eksekutif Arsenal, Ivan Gazidis mengenalpasti Mikel Arteta sebagai calon pilihan utama menggantikan Arsene Wenger.

Selain Gazidis, pengarah kelab itu Josh Kroenke juga memilih bekas bintang Arsenal itu untuk menerajui kelab berkenaan.

Terdapat desakan daripada Emirates untuk melantik jurulatih muda dengan alasan mahu memastikan skuad the Gunners disuntik teknik kejurulatihan dan sentuhan terbaharu mengikut kehendak dunia bola sepak moden untuk memperkasa skuad sedia ada.

Pengurusan kelab itu juga mahu kelab itu bangkit dari musim mengecewakan menjadi pasukan digeruni dalam liga musim depan.

Arsenal sekali lagi gagal menamatkan saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) di empat teratas dan gagal layak ke kejuaraan Eropah musim depan.

Arteta dan Patrick Viera yang juga dirunding untuk mengambil peranan mengemudi the Gunners merupakan dua calon utama yang kelab itu harus memujuk segera demi mentransformasikan skuad.

Arteta juga dikatakan menyedari minat Arsenal untuk mendapatkan khidmatnya.- MalaysiaGazette