Syed Saddiq bersama ibunya. Foto Instagram Syed Saddiq.
Syed Saddiq bersama ibunya. Foto Instagram Syed Saddiq.

KUALA LUMPUR – Selepas dipilih menjadi Ahli Parlimen Muar nama Syed Saddiq Syed Abdul Rahman kini semakin popular di laman sosial.

Apatah lagi, Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu kini dikaitkan dengan sekeping foto bersama seorang wanita yang dikenali sebagai Salmah Jones yang didakwa buah hatinya.

Namun Syed Saddiq muncul memberi kenyataan berseloroh berkaitan isu foto tersebut menerusi akaun Twitter miliknya semalam

“Kenapa ada berita mengatakan bahawa saya ada teman wanita dan bakal berkahwin?

“Mak cakap memandangkan kita dalam semangat demokrasi telus, kena ada sistem tender terbuka di mana mak saya akan menjadi penentunya. Mak masih lucu!,” katanya berseloroh.

Pada PRU-14, jejaka berusia 25 tahun itu menewaskan penyandang selama tiga penggal kerusi berkenaan, Datuk Seri Razali Ibrahim dari Barisan Nasional.

Syed Saddiq menewaskan Razali selepas meraih sebanyak 22,341 undi berbanding Razali sebanyak 15,388 undi sahaja.

Manakala seorang lagi pencabar dari Pas, Abdul Aziz Talib hanya meraih 4,354 undi. – MalaysiaGazette