Foto Arkib: Datuk Seri Anwar Ibrahim ceria sebaik sahaja dibawa keluar dari wad Hospital Rehabilitasi Cheras, sebelum dibawa ke Istana Negara, Kuala Lumpur. foto SYAFIQ AMBAK, 16 MEI 2018

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V telah perkenan memberi keampunan penuh kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Wan Ahmad Ab Aziz berkata, dengan keputusan tersebut, Anwar dibenarkan dan diberikan pembebasan serta-merta kepada beliau berkuatkuasa hari ini.

Menurut beliau, rayuan pengampunan penuh Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu telah dibentang dan dipertimbangkan dalam mesyuarat Lembaga Pengampunan bagi Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya ke-15 hari ini. – MalaysiaGazette